BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Whenever you knock me down, i will not stay on the ground (Justin Bieber-Never Say Never)

Wednesday, December 23, 2009

Ibn Maskawaih,, Orang yang mengasaskan teori evolusi

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya.
Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan
sahaja menjadi asas pemikiran ke­pada ilmuwan Islam yang lain seperti
Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.
Teori evolusi yang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian
oleh Charles Darwin yang kemudian menerbitkan buku Origin of
Species mengenai kejadian dan asal-usul manusia. Dalam buku
tersebut, Charles Darwin telah menyatakan bahwa manusia
berkembang secara evolusi dari spesies yang paling
ringkas menjadi yang kompleks. Perkembangan itu berlaku secara
perlahan-lahan dalam waktu yang lama.
Hasil daripada kajian dan pemerhatiannya terhadap pelbagai spesies
dan fosil di beberapa benua, beliau akhirnya membuat
keputusan bahwa manusia se­benarnya berasal dari beruk melalui
proses evolusi. Teori evolusinya telah menjadi kontroversi dan
mendapat tentangan dari pihak gereja kerana dia menafikan
peranan Tuhan dalam menjadikan kehidupan di muka bumi ini.
Namun begitu, teori tersebut telah menjadikan Darwin terkenal dan
dianggap sebagai pelopor teori evo­lusi yang digunakan oleh para
sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi dalam menguraikan
sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.
Padahal teori evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam
kajiannya mengenai perabadan ma­nusia. Menurutnya, kecerdikan
manusia tidaklah melebihi kepintaran yang dimiliki oleh beruk. Tetapi
manusia menjadi lebih cerdik karena pengalaman yang mereka peroleh
dalam kehidupan bermasyarakat.
Bagi Ibn Maskawaih, manusia itu ialah sebuah dunia yang kecil dan
padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia ini.
Setiap manusia mempunyai peranannya yang tersendiri sama ada
sebagai individu ataupun anggota masyarakat. Pendapat beliau ini
menepati "Teori Fungsi" yang dikemukakan oleh seorang ahli sosio­logi
Perancis yang bernama Auguste Comte.
Sekiranya setiap anggota masyarakat melaksanakan peranan dan
fungsinya maka masyarakat itu akan berada dalam keadaan yang stabil
dan bersatu padu serta membolehkannya berkembang dengan teratur.
Manakala sebarang gangguan terhadap fungsi itu akan mengakibatkan
berlakunya konflik dan pergolakan dalam masyarakat. Secara tidak
langsung akan membawa keruntuhan kepada masyarakat tersebut.
Jadi, tidak keterlaluan kalau di katakan bahwa Ibn Maskawaih juga
merupakan pengasas Teori Fungsi yang digunakan oleh para
penganalisis sosial yang menjalankan kajian tentang masyarakat kuno
dan moden.
Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada
bi­dang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai kitab yang
membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya Kitab al-Fauz al-Saghir
yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan
dengan metafisik yaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa.
Kebanyakan pandangannya mengenai perkara ini disesuaikan dari
pandangan ahli falsafah Yunani. Kesan pemikiran falsafah Yunani
terhadap Ibn Muskawaih dapat dilihat pada pan­dangannya mengenai
jiwa. Saat mengungkap persoalan ini, beliau menyatakan bahwa
jiwa merupakan roh yang berbeda dengan tubuh dan tidak mungkin
dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera. Baginya jiwa sesuatu yang
da­pat menerima dua perkara pada satu waktu yang sama seperti
keadaan hitam dan putih pada satu waktu.
Beliau juga telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya yang
berjudul kitab Tahzib al-Akhlaq. Dalam kitab itu, beliau menyebut
bahwa akhlak ialah lahirnya perbuatan-perbuatan baik yang
dilakukan secara teratur. Oleh sebab itu, akhlak yang baik hanya akan lahir
daripada jiwa yang bersih dan begitu juga sebaliknya.
Untuk mendapat jiwa yang bersih maka anak-anak sejak kecil harus
ditanamkan de­ngan nilai-nilai yang baik. Nilai-nilai buruk pula hanya
akan mengganggu proses pertumbuhan dan menyebabkan mereka
membesar tanpa menghiraukan tatasusila. Anak-anak perlu dilatih pada
peringkat awal pertumbuhan supaya bersikap dan bertindak mengikuti
nilai-nilai ini agar sejalan de­ngan diri serta sanubari mereka.
Ibn Maskawaih turut menulis beberapa buah kitab yang lain seperti
al'Adwiah al-Mufra-dah tentang obat-obatan, Uns al'Farid sebuah
antologi cerpen, Tajarub al'Umarn sebuah catatan mengenai sejarah,
al-Tabikh mengenai kaedah memasak, al'Asyribah yang membicarakan
tentang minuman, al'Fauz al-Kabir, dan Tajrib al'Um.
Berdasarkan banyak kitab yang ditulisnya maka ketokohannya sebagai
ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan. Ide dan
pan­dangannya jelas menjadikannya sebagai salah
seorang ilmuwan serta sarjana Islam yang tiada bandingannya pada
zamannya. Sesungguhnya Ibn Maskawaih yang dilahirkan pada 330H
(941M) di Kota Rhages itu akan terus dikenang sebagai seorang ahli
fal­safah yang kaya dengan teori-teorinya.

Sumber : http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id14.html

0 komentar: